Isnin, 29 Disember 2008

JATA Negeri Sembilan



JATA atau lambang ini merupakan sebuah perisai dengan sembilan tangkai padi yang memberi erti percantuman sembilan buah negeri dan bintang pecah sembilan di bawahnya yang juga merupakan maksud yang sama.

Di atas perisai ini bersilang sebilah pedang yang terhunus dengan sarungnya, ditengah-tengah di antara pedang dan sarungnya ini terhunus sebilah mata tombak yang dipanggil "Changgai Puteri".
Pedang dan Changgai Puteri itu sekarang ini adalah menjadi cogan kebesaran peribadi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang telah mula dipakai pada tahun 1948, iaitu setelah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Negeri Sembilan berjalan kuat kuasanya pada 1 hb. Februari 1948.
Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-Datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di-Pertuan Besar. Pedang dan sarungnya di atas perisai itu tanda keadilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan