Rabu, 31 Disember 2008

Sri Menanti Royal Museum



Tucked amidst green hills 50km from seremban, the charming royal town of Sri Menanti is the State Ruler or Yang Di-Pertuan Besar as well as the site of the Sri Menanti Royal Museum.This former palace, converted into the royal Museum in 1992, is a classic showcase of Minangkabau architecture and design. Built at the turn of the century by two local craftsmen, the wooden structure is an architectural wonder as no screws or nails were used in its construction. It incorrporates 99 pillars, each soaring 65ft representing 99 warriors who served the palace,

Selasa, 30 Disember 2008

sejarah negeri sembilan


Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.
Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatra dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Isnin, 29 Disember 2008

Bendera Negeri Sembilan


Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-Datuk Undang bagi Luak-Luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
Lagu Negeri Sembilan Darul Khusus
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Kurniai sihat dan makmur Kasihi rakyat lanjutkan umur Akan berkati sekalian yang setia Musuhnya habis binasa Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

JATA Negeri Sembilan



JATA atau lambang ini merupakan sebuah perisai dengan sembilan tangkai padi yang memberi erti percantuman sembilan buah negeri dan bintang pecah sembilan di bawahnya yang juga merupakan maksud yang sama.

Di atas perisai ini bersilang sebilah pedang yang terhunus dengan sarungnya, ditengah-tengah di antara pedang dan sarungnya ini terhunus sebilah mata tombak yang dipanggil "Changgai Puteri".
Pedang dan Changgai Puteri itu sekarang ini adalah menjadi cogan kebesaran peribadi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang telah mula dipakai pada tahun 1948, iaitu setelah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Negeri Sembilan berjalan kuat kuasanya pada 1 hb. Februari 1948.
Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-Datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di-Pertuan Besar. Pedang dan sarungnya di atas perisai itu tanda keadilan.

Khamis, 25 Disember 2008

PENGENALAN

Negeri Sembilan Darul Khusus pada asalnya mempunyai sembilan negeri disatukan menjadi satu negeri kemudiannya.Kini negeri -negeri tersebut dikenali sebagai daerah .Namun kini daerah-daerah di Negeri Sembilan tinggal tujuh sahaja.Tetapi namanya kekal sebagai Negeri Sembilan.ia juga terkenal dengan nama julukan negeri adat peerpatih.Ini kerana,Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia,yang mengamalkan Adat perpatih negeri lain pula mengamalkan Adat Temenggung